Thursday, January 14, 2010

Syukur alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan blog yang diamanahkan kepada kami untuk mengkaji atau mendokumentasikan tokoh cerpen Melayu iaitu Mana Sikana (Abdul Rahman Napiah)

Blog Mana Sikana dihasilkan bagi menyempurnakan salah satu daripada tugasan untuk memenuhi markah khusus SKMM1043 (Cerpen Melayu). Tugasan ini melibatkan mahasiswa tahun satu (semesta dua) daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) Universiti Kebangsaan Malaysia, bagi sesi 2009/2010. Permarkahan blog ini akan dinilai oleh pensyarah khusus yang juga merupakan ketua program Persuratan Melayu iaitu Dr. Mawar Shafei. Selain daripada tokoh Mana Sikana terdapat sembilan tokoh lain yang di kaji iaitu Abdullah Tahir, Ali Majod, Hamzah Hussain, Zaharah Nawawi, Salmi Manja, A. Samad Said, Awam Il-sarkam, Usman Awang, Ishak Hj Muhammad.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Dr. Mawar Shafei dan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkongsi idea untuk menyiapkan tugasan blog ini. Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya
Perpustakaan Tun Seri Lanang di bahagian Koleksi Am, Jurnal, Koleksi Asia Tenggara dan sebagainya.

Akhir kata, kami sekumpulan berharap tugasan blog ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan dapat diterima oleh masyarakat untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Sekian,Terima Kasih...

Wassalamualaikum