Thursday, January 14, 2010

Syukur alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan blog yang diamanahkan kepada kami untuk mengkaji atau mendokumentasikan tokoh cerpen Melayu iaitu Mana Sikana (Abdul Rahman Napiah)

Blog Mana Sikana dihasilkan bagi menyempurnakan salah satu daripada tugasan untuk memenuhi markah khusus SKMM1043 (Cerpen Melayu). Tugasan ini melibatkan mahasiswa tahun satu (semesta dua) daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) Universiti Kebangsaan Malaysia, bagi sesi 2009/2010. Permarkahan blog ini akan dinilai oleh pensyarah khusus yang juga merupakan ketua program Persuratan Melayu iaitu Dr. Mawar Shafei. Selain daripada tokoh Mana Sikana terdapat sembilan tokoh lain yang di kaji iaitu Abdullah Tahir, Ali Majod, Hamzah Hussain, Zaharah Nawawi, Salmi Manja, A. Samad Said, Awam Il-sarkam, Usman Awang, Ishak Hj Muhammad.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Dr. Mawar Shafei dan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkongsi idea untuk menyiapkan tugasan blog ini. Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya
Perpustakaan Tun Seri Lanang di bahagian Koleksi Am, Jurnal, Koleksi Asia Tenggara dan sebagainya.

Akhir kata, kami sekumpulan berharap tugasan blog ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan dapat diterima oleh masyarakat untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Sekian,Terima Kasih...

Wassalamualaikum

Biodata Tokoh

Latar Belakang

Mana Sikana ialah salah seorang pengarang sastera Melayu yang mendapat kedudukan penting dalam alur sejarah kesusasteraan Melayu Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Napiah. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1945, di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

Pendidikan
- Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah VI.

- Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh (1959-1967)

- Mengikuti kursus Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur selama 2 tahun (1967-1968)

- 1974 melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi ijazah Sarjana Muda, kelas pertama.

-Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sastera

-mendapat ijazah kedoktoran daripada Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990.


Pengalaman dan pekerjaan

- Mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Bharu, antaranya Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi, Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Bharu, Sekolah Menengah Rendah Tasik Utara dan Sekolah Gelang Patah, Johor Bharu.

- Selepas lulus Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas sebagai pembantu pensyarah. Kemudian sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM sebagai pensyarah bahagian drama.

- Sewaktu bertugas di Johor Bharu, beliau terus menulis dan terus bergiat dalam penulisan skrip drama radio dan TV. Banyak sekali skrip drama dan TV karya beliau yang disiarkan di Singapura. (Sebanyak 200 buah drama radio dan 30 buah drama TV.

-Beliau menjadi penal pelbagai Sayembara, menulis drama, cerpen dan novel.

-Anggota panel Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera MASTERA, Hadiah Sastera Sea Write dan Hadiah Persuratan Singapura.


Sumbangan Karya











Santau

-Kawan yang Berbudi dan yang Berduri
-Penipuan
-Titi-titi Baru Siratul Mustaqim
-Si Hitam Bu
ah Hati Atan Seorang
-Daun-daun K
eramat









ABZYX

-Konvensional
-Peralihan

-Pembaharuan










Fakurdabakia

Kandun

gan:
- Jejak-jejak yang Hilang
- Hari Kemerdekaan
- Surat Cinta Untuk Ayah
- Pelarian

- Pecah
- Hipokondriokal
- Pengadilan
- Fakurdabakia

- Nun
- Aqula
- Abraza
- Nusia
- Maaj

- ABZYX
- Zu Zabbar
- Detik Pertemuan
- Muhammad E
ngkau Junjungan
- Dajal

- Jebana
- Maufagona









Nusia

Kandungan:
- Hipokondriakal
- Fakurdabakia

- Zzzzzz
- Nun

- Aqula
- Abraza

- Dajal
- Jebana

- Maaj
- ABZYX
- Zaarqt

- Zu Zabbar
- Muhammad Engkaulah JunjunganDetik Pertemuan
- Arra
- Algona

- Manadur
- Allahuakhbar


Buku-buku yang dihasilkan antara lain;

-Kritikan Sastera (1986).

-Perkembangan dan Perubahan Drama Melayu Moden (1989).

-Teori KesusasteraanModen (1990).

-Apa-apa (1981)

-Pemikiran Islam dalam Sastera Melayu (1983)

-Aliran dalam Sastera Melayu (1983)

-Membina Keunggulan Tradisi Sastera (2003)

-Sastera Melayu Klasik (2003)








Penganugerahan & Pengiktirafan

-Pada tahun 1981, beliau mandapat tempat ketiga dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam. Cerpen beliau yang berjudul "Detik Pertemuan" pula dipilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83.

-Terpilih sebagai penulis terbaik Dewan Sastera 1978, mendapat hadiah ketiga Peraduan Menulis Novel Sejarah Kanak-kanak.

-Belia memenangi anugerah Sri Angkasa untuk skrip drama radio dan hadiah skrip TV terbaik,TV Singapura pada tahun 1973.

-Penulis terbaik dalam Dewan Sastera pada tahun 1978.

-Memenangi kategori kumpulan esei dan kritikan sastera HSPM 2006/2007 melalui Drama Melayu Tradisional Moden dan Pascamoden.

Friday, January 8, 2010

Bibliografi

Mana Sikana.1981. Santau. Singapura: Eastren Universities Press(M) Sdn. Bhd

Mana Sikana. 1982. Jejak-jejak yang Hilang. Singapura: Eastren Universities Press (M) Sdn. Bhd.

Mana Sikana. 1987. Kesesatan. Shah Alam: Marwilis Publisher dan Distribution Sdn. Bhd.

Mana Sikana.1988. Cerpen ABZYX. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 2001. Nusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suratman Markasan. 1991. Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Uthman Puteh. 1988.Cerpen Malaysia Selepas Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainon S.Ahmad. 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera Ilmu Medi Trade.