Thursday, January 14, 2010

Biodata Tokoh

Latar Belakang

Mana Sikana ialah salah seorang pengarang sastera Melayu yang mendapat kedudukan penting dalam alur sejarah kesusasteraan Melayu Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Napiah. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1945, di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

Pendidikan
- Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah VI.

- Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh (1959-1967)

- Mengikuti kursus Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur selama 2 tahun (1967-1968)

- 1974 melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi ijazah Sarjana Muda, kelas pertama.

-Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sastera

-mendapat ijazah kedoktoran daripada Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990.


Pengalaman dan pekerjaan

- Mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Bharu, antaranya Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi, Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Bharu, Sekolah Menengah Rendah Tasik Utara dan Sekolah Gelang Patah, Johor Bharu.

- Selepas lulus Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas sebagai pembantu pensyarah. Kemudian sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM sebagai pensyarah bahagian drama.

- Sewaktu bertugas di Johor Bharu, beliau terus menulis dan terus bergiat dalam penulisan skrip drama radio dan TV. Banyak sekali skrip drama dan TV karya beliau yang disiarkan di Singapura. (Sebanyak 200 buah drama radio dan 30 buah drama TV.

-Beliau menjadi penal pelbagai Sayembara, menulis drama, cerpen dan novel.

-Anggota panel Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera MASTERA, Hadiah Sastera Sea Write dan Hadiah Persuratan Singapura.